Search This Blog

Loading...

Automatic translation of this blog page

Monday, June 6, 2011

Tumbuhan Obat Urang aring



Urang aring ialah sejeni tumbuhan yang tumbuh liar dikawasan yang agak lembap.ia sejenis herba tahunan yang termasuk dalam kumpulan dikot.Cara pembiakannnya melalui biji benih dan keratan batang. bunganya yang kecil dan berwarna putih menyerupai bunga daisy hingga ia juga di panggil false daisy.

Kegunaan:

Urang aring terkenal sebagai herba yang digunakan untuk rawatan kecantikan rambut. daunnya yang dilumatkan dicampur dengan minyak dan dilumurkan pada rambut dikatakan dapat membantu menyihatkan, menghitam dan mengilatkan rambut dan membantu pertumbuhan semula rambut.Dalam perubatan ayurveda urang aring juga digunakan untuk rawatan hepatomegaly (pembesaran hati),luka, ulcer, tekanan darah tinggi,anorexia dan sakit kepala.Jus urang aring yang dicampur dng madu diberikan kepada kanak-kanak untuk membantu masalah pernafasan(Nadkarni 1976, 470; Kirtikar and Basu 1993, 1362).
Untuk kegunaan luar pula, daunnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat bengkak, buasir. Selain itu bensky dan Gamble pula mengatakan pokok ini mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keupayaan buah pinggang dan hati.menurut mereka ia juga boleh digunakan untuk merawat pening, vertigo, pandangan kabur dan uban sebelum masa.Menurut kaedah perubatan cina untuk meningkatkan “Yi” ia digunakan juga untuk merawat masalah “darah panas” yang mengakibatkan simptom seperti batuk berdarah,hidung berdarah, najis bercampur darah dan muntah dan kencing berdarah

Tumbuhan Obat

Followers